• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambutlah Syawal Dengan Gembira, Elakkan Berhutang

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia, yang dijangka menyambut 1 Syawal, Jumaat ini, hendaklah meraikannya dengan rasa gembira dan bersyukur di atas kejayaan menjalani ibadah puasa dan mengawal hawa nafsu, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fadlan Mohd Othman berkata suasana ceria dan gembira wajar diwujudkan kerana ia menepati semangat Aidilfitri.

Katanya seperti yang tercatat dalam hadis sahih, Rasulullah S.A.W menyambut 1 Syawal dengan rasa gembira dan berpakaian cantik.

“Jadi, seharusnya kita mewujudkan suasana yang ceria dan gembira untuk diri, keluarga dan juga masyarakat. Di negara Arab, orang di sana bertakbir dengan penuh semangat tanda kemenangan dan kesyukuran tetapi di Malaysia kita bertakbir dalam nada yang sayu yang menjurus ke arah kesedihan,” katanya kepada Bernama.

Fadlan yang juga Yang Dipertua Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU) berkata pendapat yang mengatakan takbir perlu sayu semata-mata ‘menangisi’ pemergian Ramadan perlu disertakan dengan dalil dan hujah yang konkrit.

“Kalau kita bersedih, sudah tentu kita tidak akan pakai pakaian yang cantik. Malah Rasulullah SAW sendiri memakai pakaian yang cantik dan bergembira. Hari Raya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih,” katanya.

Beliau berkata selain melaungkan takbir dan tahmid, memakai pakaian cantik, ucapan juga perlulah ucapan yang menjurus mendoakan kejayaan dan bukan kesedihan.

“Ucapkanlah TaqabbalAllah Minna Wa Minka yang bermaksud semoga Allah SWT menerima amalan kami dan kamu. Kemudian disusuli dengan ucapan selamat hari raya dan sebagainya,” katanya.

Fadlan menjelaskan bahawa hari raya juga bukanlah hari untuk umat Islam menggandakan hutang demi meraikan Syawal.

“Jika pakaian kita masih cantik, maka tidak perlu dibeli yang baru kecuali pakaian kita semua dah lusuh dan compang-camping, barulah kita beli yang baharu.

“Begitu juga dengan rumah terbuka…adakan jika kita berkemampuan.

Jangan terlalu mengikut emosi dan berlawan dengan jiran tetangga dan elakkan berhutang jika tiada keperluan mendesak,” katanya. – BERNAMA

Tags: AidilfitriHutang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd