• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Agih Bantuan Zakat Kepada 5,981 Penerima Di Pekan

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengagihkan sumbangan zakat kepada 5,981 penerima terdiri daripada golongan asnaf, warga emas, golongan kurang upaya (OKU), dan ibu tunggal di Parlimen Pekan.

Sebelum itu, dalam majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen di sini Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan, turut menerima sumbangan zakat lebih RM1 juta yang disampaikan lapan badan korporat dan seorang ahli perniagaan.

Kesemua zakat berkenaan diterima daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebanyak RM600,000: Uda Holdings Berhad (RM200,00); Affin Islamic Bank Berhad (RM100,000) dan Roadcare (M) Sdn Bhd (RM100,000).

Zakat turut disumbangkan oleh Lembaga Tabung Haji sebanyak RM100,000; SME Bank (RM50,000); Yayasan Basmi Kemiskinan (RM50,000) dan seorang tokoh perniagaan yang disampaikan oleh wakilnya Datin Mariamah Mohamed (RM100,000).

Turut hadir dalam majlis tersebut isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang turut membantu mengagihkan zakat kepada penerima.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Hasan Malik.

Sementara itu, seorang penerima Rani Abas, 60, dari Kampung Pulau Serai di sini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan nasib rakyat melalui sumbangan zakat berkenaan.

“Dalam keadaan barang yang semua naik pada masa kini, dapatlah sedikit sebanyak sumbangan ini digunakan untuk membeli barangan keperluan terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya yang mempunyai empat orang anak serta suami yang kini terlantar di hospital kerana menghidap penyakit kencing manis.

Sementara itu, bagi Masliah Jusoh, 55 dari Kampung Bunut, di sini, wang zakat yang diterima itu akan digunakan untuk mengadakan persiapan raya termasuk membeli baju raya untuk empat anaknya yang berumur antara 8 hingga 19 tahun.

“Tahun ini, kami sekeluarga hanya membuat sambutan hari raya secara ala kadar sahaja kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan saya untuk membuat kerja berat.

Tetapi dengan adanya bantuan sumbangan zakat ini, dapatlah juga saya dan suami gunakannya untuk membeli apa yang perlu terutama untuk anak-anak,” katanya yang menghidap kanser usus dan terpaksa berulang alik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan sejak setahun yang lalu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd