• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi MH17 Masih Segar Dalam Ingatan Najib

oleh Ahmad Albab
13/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Walaupun tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine hampir setahun berlalu, namun kesannya masih lagi dirasai rakyat Malaysia, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib juga kehilangan nenek tiri, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, yang merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam tragedi 17 Julai 2014 itu.

Beliau berkata tiada kata-kata yang dapat melakarkan kesedihan dan kepiluan anggota keluarga dan sahabat handai mangsa tragedi tersebut.

“Tiada apa pun yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Hanya kenangan dan memori indah mereka menjadi peneman dan akan sentiasa tersemat dalam sanubari kita.

“Juga tidak lupa iringan dan kiriman doa buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya,” katanya pada upacara memperingati Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh di Ukraine.

Najib menyifatkan tragedi MH17 sebagai insiden yang sangat sukar dilupakan.

“Saya mahu berjumpa dengan keluarga masing-masing secara individu kerana saya ingin merasai rasa sedih, rasa kesedihan berada pada tempat itu, saya merasai (perasaan) mereka. Saya akan melakukan apa sahaja diperlukan untuk membantu mencari mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

“Saya tidak boleh membenarkan keluarga (mangsa) untuk berasa sedih tanpa mayat orang yang mereka sayangi dan itulah masanya apabila saya mulakan inisiatif untuk menyiasat dan menguruskan untuk berunding dengan kumpulan pemisah ini,” katanya.

Najib turut berkongsi dengan hadirin termasuk saudara terdekat mangsa berhubung pengalaman berunding siang dan malam dengan pemisah untuk melepaskan mayat mangsa dan kotak hitam.

“Rundingan dan perbincangan saya dengan kumpulan pemisah itu amat sukar. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia untuk berunding dengan pemisah.

“Ia tidak dilakukan tanpa menghormati pihak Ukraine tetapi niat utama saya adalah semata-mata untuk mendapatkan kembali mayat mangsa dan bangkai pesawat.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan semula mayat mangsa dan bangkai pesawat, ” kata Najib.

Perdana menteri mengambil kesempatan di majlis itu mengucapkan terima kasih kepada pasukan forensik, Kementerian Kesihatan, polis, tentera, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) atas kerja mereka yang hebat dalam usaha mendapatkan semula mayat dan bangkai pesawat dari lokasi kejadian.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, kerana membantu Malaysia membawa balik jenazah.

Najib menyifatkan majlis hari ini sangat menyentuh perasaan dan itu adalah cara Malaysia memberikan penghormatan dan penjagaan ke atas kaum keluarga mangsa.

Sambil melahirkan ucapan takziah kepada waris terdekat mangsa, Najib berharap kejadian itu tidak akan menghalang keyakinan rakyat kepada Malaysia kerana negara itu bertekad untuk bergerak ke hadapan bersama-sama. – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd