• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paparan Nama Mangsa MH17 Undang Sebak Waris

oleh Ahmad Albab
12/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Paparan nama mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di layar skrin mengundang sebak dan linangan air mata hadirin pada upacara memperingati tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Hadirin termasuk waris yang berpakaian warna suram tidak dapat menahan linangan air mata apabila senarai nama kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam tragedi pada 17 Julai 2014 itu dipaparkan menerusi layar skrin di hadapan pentas yang mengambil masa kira-kira 10 minit.

Sebelum senarai itu dipaparkan, 10 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Pegawai Waran 1 Mohd Fauzi Mohd Ali naik ke pentas sambil membawa 10 bendera negara mangsa yang terlibat iaitu Australia; Belgium; Kanada; United Kingdom; Indonesia; Belanda; New Zealand; Filipina selain Malaysia.

Ketika satu persatu nama mangsa dipaparkan mengikut negara masing-masing diiringi alunan muzik, selama itu jugalah waris mangsa dilihat mengesat air mata dek tidak dapat menahan kerinduan sehingga mengundang perasaan sedih kepada hadirin yang lain.

Sejurus kesemua nama mangsa dipaparkan, semua hadirin bertafakur selama seminit yang mana hadirin beragama Islam menyedekahkan bacaan al-Fatihah, manakala yang lain bertafakur mengikut cara agama masing-masing.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam upacara itu.

Upacara memperingati tragedi MH17 itu turut disiarkan secara langsung antaranya oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet, pemimpin-pemimpin agama dan perwakilan-perwakilan asing juga hadir.

Terdahulu, satu paparan video mengenai rentetan tragedi MH17 berdurasi tiga minit disiarkan sekali gus turut mengundang rasa hiba dalam kalangan waris.

Upacara yang bermula pada 10 pagi mengambil masa kira-kira sejam, diadakan dalam suasana ringkas dan ketertiban namun penuh penghormatan.

Sebelum upacara bermula, pin ribon bermotifkan pakaian seragam MAS diedarkan kepada hadirin.

Upacara mengenang kehilangan insan tersayang itu bukan hanya dirasai oleh waris, tetapi juga Perdana Menteri apabila nada suaranya agak sayu ketika berucap.

Najib akui, beliau turut berasa hiba dengan tragedi MH17 itu kerana kehilangan seorang nenek tiri iaitu Siti Amirah Prawira Kusuma yang ketika itu dalam perjalanan ke Jogjakarta, Indonesia dari Amsterdam, Belanda.

Tragedi pada 17 Julai 2014 itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan, termasuk 43 rakyat Malaysia.

Penerbangan MH17 itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.

Kompleks Bunga Raya KLIA juga merupakan venue penerimaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 itu yang dijalankan secara berperingkat tahun lepas. – BERNAMA

Tags: MH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd