• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Justo Dikawal Ketat Di Thailand – Polis Thailand

oleh Ahmad Albab
13/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Diraja Thailand telah meningkatkan kawalan keselamatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo untuk menghalang sebarang cubaan memujuknya tidak beri kerjasama kepada pihak berkuasa negara itu.

“Beliau suspek yang penting. Jadi saya mengarahkan mereka meningkatkan kawalan keselamatan terhadap tahanan,” kata jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Prawuth Thavornsiri yang menafikan khabar angin tentang laporan terdapat cubaan untuk meracuni Justo.

“Yang pasti tiada cubaan untuk meracuni beliau, tetapi mungkin ada cubaan untuk memujuk suspek agar tidak berkata apa-apa,” katanya kepada wakil agensi berita Bernama di sini.

Beliau berkata setakat ini tiada cubaan untuk memujuk Justo untuk tidak beri kerjasama, tetapi pihak berkuasa Thailand tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Prawuth berkata pihak berkuasa telah mengarahkan anggota keselamatan untuk perlu hadir sepanjang masa semasa Justo menerima pelawat.

Malah hanya orang tertentu dibenarkan melawatnya, tegas beliau.

Prawuth juga berkata beliau tidak maklum mengenai sama ada terdapat sebarang permohonan rasmi daripada pihak Polis Diraja Malaysia untuk menemu bual Justo (setakat 9 Julai). – BERNAMA

https://youtu.be/BaBDRFy-OuA

Tags: Xavier Andre Justo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Benar Najib Periksa Dokumen Justo Serah SPRM

13/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memeriksa dokumen...

Permohonan Najib Periksa Dokumen Justo Didengar 13 Disember

21/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 13 Disember untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd