• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sasar Jualan Pasar Tani Terengganu RM46 Juta Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menyasarkan nilai jualan produk pertanian sebanyak RM46 juta di 19 buah pasar tani di seluruh negeri pada tahun ini.

Pengarahnya Hassan Jusoh memberitahu anggaran itu dibuat berdasarkan sambutan pengguna pasar-pasar tani di setiap daerah yang sehingga Mei lepas telah mencatatkan jualan melebihi RM12 juta.

Katanya buat masa ini terdapat 1,280 usahawan berniaga di pasar-pasar tani dan bilangan mereka didapati meningkat daripada bilangan asal 1,200 orang membabitkan tujuh pasar tani di Kuala Terengganu, empat di Besut, masing-masing tiga di Kemaman dan Hulu Terengganu serta setiap satu di Marang dan Dungun.

“Ekoran sambutan yang baik itu, FAMA menyasarkan pembukaan empat buah lagi pasar tani tahun ini yang mana sebuah daripadanya telah dibuka di Tepoh pada bulan April yang lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hassan lagi matlamat pewujudan pasar tani di negeri ini telah menepati objektifnya dengan setiap usahawan yang berniaga terdiri daripada petani yang menjual hasil pertanian segar terus dari ladang ataupun yang siap diproses kepada para pengguna .

Mengenai projek Azam Tani yang dikendalikan oleh pihaknya Hassan berkata kira-kira RM1.5 juta telah diperuntukkan bagi membantu seramai 150 peserta iaitu setiap 50 orang dari daerah Besut dan Setiu dan selebihnya untuk daerah-daerah lain bagi meningkatkan pendapatan melalui pemberian bantuan projek ekonomi di dalam sektor tanaman, perikanan, penternakan, pemprosesan hasil tani, perniagaan hasil tani dan perkhidmatan pertanian.

Antara bantuan yan diagihkan kepada peserta berkenaan termasuk enjin bot, ternakan, alat jahitan, alatan pertanian, motosikal roda tiga, alat pertukangan dan bantuan Industri Kecil Serdahana (IKS) yang diberikan secara berpakej bernilai maksimum RM10,000. – BERNAMA

Tags: FAMATerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd