• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Hadiri Tahlil, Bacaan Yasin Allahyarham Jamalauddin Jarjis

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter April lalu, di Masjid Negara di sini.

Majlis yang bermula pada 6.30 petang disertai kira-kira 500 hadirin itu dipimpin Imam Besar Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Antara tetamu lain yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan anggota Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin.

Terdahulu, Najib mengambil kesempatan menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah di kaunter zakat di Masjid Negara.

Ia diserahkan kepada amil bertugas daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Rusdi Abd Salim.

Allahyarham Dr Jamaluddin, yang merupakan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias bersama empat lagi terkorban apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4 April lalu.

Pesawat itu dalam perjalanan dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur.

Empat lagi mangsa nahas itu ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier; warga Kyrgyzstan Aidana Baizieva; pengawal peribadi kepada Jamaluddin, Razakan Seran; dan usahawan Datuk Tan Huat Seang. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd