SETIAP individu di Malaysia rata-ratanya mempunyai lebih daripada satu akaun media sosial.
Ini membuatkan laman Facebook, Twitter dan Instagram seakan menjadi perkara ‘laman wajib ada’ buat kebanyakkan rakyat Malaysia.
Kami sendiri mempunyai akaun pada kebanyakkan media sosial yang ada.
Apa yang kami sedari ialah adalah sukar untuk mengesan siapa yang menjadi ‘kawan’ di media sosial.
Sekiranya anda ingin mengesan siapa yang tidak lagi mahu berkawan dengan anda di Facebook, aplikasi Who Deleted Me On Facebook kini boleh anda gunakan.
Aplikasi ini akan mengesan siapakah yang telah menyah-kawan anda ataupun mematikan akaun Facebook mereka.
Kini anda akan mengetahui siapakah kawan dan siapakah lawan.
Ini juga memudahkan anda untuk menghalang terus mereka sebagai tanda tidak puas hati.
Who Deleted Me On Facebook boleh dimuat turun untuk peranti Android, iOS dan aplikasi sampingan di rungan extensions Chrome. – MYNEWSHUB.CC/hzq
Sumber: Digital Trends
Google Chrome: Who Delete Me On Facebook

