• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta Di Marang

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Rhu Renggeh di sini pukul 11.30 pagi tadi.

Mangsa Muda Mat Zain, 72 seorang mekanik maut di tempat kejadian akibat parah di kepala semasa dalam perjalanan pulang ke bengkelnya di Kampung Rhu Rendang selepas selesai membeli alat ganti kenderaan.

Bagaimanapun semasa tiba di lokasi sebuah kereta jenis Proton Iswara dipercayai hilang kawalan lalu melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dari belakang.

Pemandu kereta berusia 33 tahun itu turut mengalami kecederaan.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat dan pemandu kereta yang cedera juga turut menerima rawatan di hospital yang sama. – BERNAMA

https://youtu.be/4SLwduRBP6A

Tags: kemalangan mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd