• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu ini, seorang kerana masalah jantung dan seorang lagi kerana komplikasi daripada jangkitan paru-paru.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, yang tidak mendedahkan identiti kedua-dua jemaah itu hanya berkata mereka adalah jemaah wanita dan meninggal dunia minggu ini.

Dengan kematian terbaru itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini hanya empat orang, katanya kepada media Malaysia selepas meninjau persiapan tapak dan khemah untuk jemaah haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina petang Khamis.

Beliau juga turut menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di tapak perkhemahan Malaysia di Arafah.

Pada minggu lalu, dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun telah dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung.

Jemaah pertama dari Johor Bahru meninggal dunia pada 9 September dan jemaah kedua yang berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia pada 16 September.

Sebanyak 444 lagi jemaah haji yang menaiki pesawat KT61 tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz di Jeddah hari ini pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia), dan 280 penumpang akan mendarat pada pukul 2.20 petang (7.20 malam waktu Malaysia) dengan penerbangan KT62.

Dengan ini, jumlah jemaah haji Malaysia yang berada di Makkah adalah 21,412 orang iaitu 95.93 peratus daripada keseluruhan 22,320 jemaah haji.

Esok, enam hari lagi sebelum wukuf, ketibaan penerbangan haji terakhir membawa 908 lagi jemaah haji Malaysia. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMekah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd