• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasino Tidak Dibenarkan Dibina Di P.Pinang – Lim

oleh Ahmad Albab
07/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang akan membina sebuah kasino di negeri ini seperti yang didakwa oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu.

Beliau berkata dasar kerajaan negeri amat jelas iaitu tidak akan membenarkan sebarang kasino di Pulau Pinang kerana ia tidak bersesuaian untuk ekonomi dan masyarakat tempatan.

“Saya amat terkejut dengan kenyataan itu kerana ia memang satu fitnah. Saya telah nyatakan sebaik saya menjadi Ketua Menteri pada 2008, pendirian saya dan kerajaan negeri adalah kasino tidak akan dibenarkan dibina di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar berbahasa Cina bertarikh 22 Jun lepas melaporkan Teh, wakil rakyat DAP itu sebagai berkata beliau mendengar khabar angin bahawa sebuah kasino akan dibina di Bukit Bendera, dekat sini.

Sementara itu, mengenai pameran Seni Jalanan Transformers yang pertama di Asia, Lim berkata kerajaan negeri membelanjakan RM1.1 juta untuk program yang berlangsung dari 19 Julai hingga 17 September di Padang Kota Lama, di sini.

Beliau berkata bersempena dengan pameran itu, orang ramai turut diberi peluang untuk bertemu dan bergambar dengan karakter utama filem Transformers iaitu ‘Optimus Prime’ dan ‘Bumblebee’ pada 10 Julai.

“Saya rasa inilah sesuatu yang amat diperlukan untuk menghadapi dan menangani kegawatan ekonomi. Jadi, kami menjemput semua datang. Ini adalah hadiah daripada kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: KasinoLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd