• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kerajaan tetap memberi jaminan akan mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata bukan mudah buat pemimpin untuk mentadbir negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan bahasa namun telah terbukti kerajaan sedia ada mampu melakukan segalanya untuk rakyat.

“Banyak kejayaan yang sudah kita kecapi dan sudah menjadi dasar kerajaan yang ada untuk membantu semua kaum dan golongan.

“Apa yang berlaku di sesetengah negara diharapkan tidak berlaku di negara kita seperti bencana dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat di Surau Saadiah di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata Malaysia tidak terkecuali menerima tempias dalam ketidaktentuan ekonomi dunia kini, namun kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi meringankan beban rakyat.

“Walaupun dalam keadaan tidak menentu itu, rakyat tetap bertuah kerana keadaan yang masih aman dan banyak bantuan telah kerajaan berikan demi untuk meringankan beban rakyat.

“Seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada rakyat dan pada masa yang sama bantuan seperti itu tidak diberikan kepada rakyat di negara lain,” katanya.

Beliau berkata untuk itu umat Islam di negara ini perlu menjadi umat Islam contoh ketika umat Islam di negara lain seperti di Syria dan Iraq yang berdepan dengan masalah.

Beliau turut meminta rakyat agar mendoakan kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi negara kini akan terus berkekalan walaupun menghadapi banyak cabaran ketika ini.

“Saya sebagai Timbalan Perdana Menteri banyak ditanya mengenai cabaran-cabaran itu dan saya memahami apa yang dirasai oleh mereka namun kita (kerajaan) akan pastikan rakyat untuk terus merasa selesa dan selamat,” katanya.
Muhyiddin berkata bersempena Ramadan ini, umat Islam juga digalakkan untuk melakukan solat hajat agar negara ini terus berada dalam keadaan yang aman dan baik.

“Kerajaan akan pastikan kepentingan rakyat diberikan keutamaan berbanding kepentingan golongan yang berkepentingan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan memastikan tidak ada golongan tertentu yang tercicir dalam kemakmuran yang dikecapi negara.

“Saya lihat ia sebagai cabaran pemimpin untuk mengatasi perkara itu dan yang lebih penting bagaimana untuk menjadikan kerajaan yang ada terus kuat,” katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebanyak RM250,000, Uda Holdings Berhad (RM150,000) dan Bank Rakyat (RM100,000).

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamed, Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh Senator Datuk Noriah Mahat. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd