• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Hadapi Gangguan Bekalan Air Semasa Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyediakan pelan kesiapsiagaan untuk tempoh sembilan hari semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporatnya, Priscilla Alfred berkata, pelan kesiapsiagaan dan operasi tunggu sedia itu adalah bagi tempoh 16 hingga 24 Julai 2015.

“Pelan kesiapsiagaan dan operasi tunggu sedia disediakan dan dilaksanakan bagi memastikan pengagihan bekalan air terawat tidak terjejas sepanjang tempoh berkenaan.

“Pelan ini juga merupakan panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan pembekalan dan pengagihan air terawat sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan air tidak berjadual atau kecemasan di Lembah Klang sepanjang musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, antara perkara yang terkandung dalam pelan itu termasuk penyediaan sebanyak 630 tangki air statik dan 66 lori tangki air untuk digerakkan serta-merta jika berlaku gangguan bekalan air.

Menurutnya, pelan itu turut melibatkan pemantauan berterusan operasi rumah pam oleh pperator terutama selepas hujan dan kilat agar tindakan segera dapat diambil jika berlaku kejadian ‘trip’ atau sistem rumah pam gagal beroperasi sepenuhnya.

Katanya, pemantauan berterusan paras kolam air Syabas secara 24 jam menggunakan sistem telemetri dan SCADA di Pusat Kawalan Operasi dan pemeriksaan serta rondaan semua tangki/kolam air setiap hari turut dilakukan.

“Ia bagi memastikan paras simpanan air sentiasa stabil dan tiada sebarang limpahan berlaku disebabkan penggunaan air yang berkurangan semasa cuti musim perayaan terutamanya di kawasan bandar,” katanya.

Tambah beliau, jumlah kakitangan bertugas dan senarai kontraktor tunggu sedia sepanjang perayaan turut disediakan supaya kejadian paip pecah atau bocor dapat dibaiki segera.

“Syabas telah menyerahkan Pelan Kesiapsiagaan dan Operasi Tunggu Sedia Menghadapi Musim Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015 ini kepada semua jabatan kerajaan, agensi dan organisasi terlibat,” katanya. – Mynewshub.cc

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd