• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunjuk Kemaluan, Penjaga Stor Didenda RM3,000

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada seorang remaja perempuan, seorang penjaga stor didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Daniel Haikal Abdullah, 28, selepas dia mengaku bersalah berbuat demikian kepada remaja berusia 19 tahun berkenaan yang bekerja di sebuah butik.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda. Muhammad Daniel membayar denda itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah butik di tingkat 4 sebuah pusat beli-belah di Dang Wangi di sini pada 10.30 pagi, 1 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, peguam Ahmad Redza Mohd Noh berkata anak guamnya memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu, selain memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum.

Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan alasan tindakan tertuduh telah mendatangkan ketakutan dan trauma kepada mangsa. – BERNAMA

Tags: kemaluan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Ditahan Polis

Lelaki Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Ditahan Polis

30/06/2022
0

PUTRAJAYA – Lelaki gila seks yang bertindak menujuk kemaluan kepada pelajar sekolah di sini pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditahan...

Menyamar Pakar Sakit Puan, Minta Gambar Kemaluan

13/11/2021
0

Menggunakan nama pakar untuk meminta kemaluan wanita.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd