• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemerdagangan Manusia: 24 Jenazah Mangsa Selamat Dikebumi

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKOK SENA – Kumpulan keempat 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya dari Myanmar yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian selamat dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang di sini awal pagi ini.

Pengebumian kesemua 24 jenazah lelaki dalam satu liang lahad itu, bermula pada 12.30 tengah malam dan selesai kira-kira 3 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Datuk Noh Dahya berkata, pengebumian 24 jenazah itu menjadikan bilangan keseluruhan jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang telah selamat dikebumikan setakat ini kepada 99 daripada 106 jenazah keseluruhan.

Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia itu telah dikebumikan pada 21 Jun lepas, kumpulan kedua sebanyak 30 jenazah beberapa hari selepas itu dan kumpulan ketiga pada 4 Julai lepas.

Noh berkata, baki tujuh lagi jenazah terakhir akan dikebumikan selepas Aidilfitri, diikuti majlis tahlil.

Majlis pengebumian jenazah mangsa berkenaan diuruskan bersama oleh JAIK, Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd