• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuki Hadiahkan Kemenangan Buat Zamri

oleh Ahmad Albab
05/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

YUKI Takahashi menghadiahkan kemenangan buat rakan sepasukan, Mohd Zamri baba yang kini masih menjalani rawatan di Indonesia sebaik menjuarai Perlumbaan 2 SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun, hari ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu turut menebus kekecewaan setelah terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan pada Perlumbaan 1 semalam. Takahashi menamatkan 13 pusingan perlumbaan dengan masa 29’04.409s.

Sementara itu, Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NTS) sekali lagi bergelar naib juara dengan ketinggalan 1.450s kepada Takahashi manakala juara Perlumbaan 1, Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga setelah dipintas Koyama pada selekoh terakhir sebelum ke garisan penamat dengan masa 29’06.219s.

“Saya hadiahkan kemenangan ini buat pasukan dan juga khususnya buat rakan sepasukan, Zamri. Kami bekerja keras untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami di sini sebagai tanda sokongan kepada Zamri yang masih menjalani rawatan,” jelas Takahashi.

Tambahnya, “Semalam saya telah melakukan kesilapan apabila cuba untuk menjarakkan lagi kedudukan antara saya dan Ito sehingga menyebabkan saya terjatuh akibat litar yang licin. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan serupa dan hanya menetapkan matlamat untuk menang sahaja, tidak kira bagaimana dengan jarak pelumba di belakang.

“Pada permulaan perlumbaan, keadaan agak sukar dan Ito juga begitu pantas. Saya hanya berupaya mengekorinya di belakang sebelum melihat tayar belakang Ito mula bermasalah pada pertengahan perlumbaan. Saya menggunakan kesempatan untuk memintas Ito dan kemudiannya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelasnya.

Kemenangan ini meletakkan Takahashi di kedudukan kedua keseluruhan dengan 77 mata manakala kedudukan pendahulu kini milik Koyama dengan 81 mata. Ito di kedudukan ketiga dengan 67 mata.

Bercakap mengenai perlumbaan pusingan akan datang di Buriram, Thailand, Ogos depan, Takahashi berkata, “Saya pernah beraksi di sana ketika menjadi pelumba wildcard Kejuaraan Superbike Dunia di sana, jadi ia memberi sedikit kelebihan kepada saya meskipun ketika itu bukan menggunakan tayar Dunlop.”

Sementara itu Takehiro Yamamoto meraih kemenangan kedua di Suzuka apabila sekali lagi mengungguli perlumbaan kelas Asia Production 250cc setelah menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 20’47.538s.

Pelumba Trickstar Racing itu sekali lagi menewaskan gandingan pelumba AP Honda Racing Thailand, Nakarin Atiratphuvapat dan Apiwat Wongthananon. Nakarin yang dibatalkan kedudukan kedua pada Perlumbaan 1 semalam muncul naib juara dengan masa 20’52.474s dan Apiwat di kedudukan ketiga, 20’52.534s.

“Saya gembira kerana meraih dua kemenangan di halaman sendiri kali ini, di mana memang dari awal lagi saya meletakkan sasaran untuk memenangi kedua-dua perlumbaan di hadapan penyokong sendiri. Malah saya gembira kerana dapat menewaskan kedua-dua pesaing sengit dari Thailand, Apiwat dan Nakarin. Cuma untuk perlumbaan akan datang di Thailand, mungkin akan memberi kelebihan kepada mereka pula namun saya akan bekerja keras untuk meraih kemenangan di Thailand pula.

Dua kemenangan di Suzuka membantu Yamamoto untuk merapatkan jurang kedudukan pendahulu kepada dua mata setelah mengumpul 104 mata manakala Apiwat di tangga teratas dengan 106 mata. Nakarin di kedudukan ketiga dengan 69 mata.

Dalam saingan Underbone 130cc, Ferlando Herdian menebus kecewa terjatuh pada Perlumbaan 1 semalam dengan mengungguli Perlumbaan 2 hari ini setelah menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’55.718s.

Pelumba BKMS Indonesia Racing Team itu mengatasi pelumba Malaysia, Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Hong Leong Yamaha) yang berada di kedudukan kedua dengan masa 16’56.153s manakala Gupita Kresna Wardhana (Manual Tech KYT Rextor) di kedudukan ketiga dengan masa 16’56.384s, hanya 0.001s di hadapan Wahyu Aji Trilaksana (Faito Factory Racing).

“Perlumbaan tadi sangat sengit. Saya cuba untuk menjarakkan diri dari awal perlumbaan namun gagal. Masuk ke pertengahan perlumbaan, saya mengekalkan kedudukan di kelompok besar pelumba dan menyimpan kuasa enjin untuk digunakan pada penghujung perlumbaan. Strategi saya berjaya dan saya gembira kerana dapat memenangi perlumbaan, menebus kekecewaan semalam.”

Gupita bagaimanapun terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 106 mata sementara Norizman di kedudukan kedua dengan 87 mata dan Ferlando ketiga, 81 mata.

Keputusan
SuperSports 600cc
Perlumbaan 2
1.Yuki Takahashi (Honda) 29’04.409s 2.Tomoyoshi Koyama (Honda) 29’05.859s 3.Yuki Ito (Yamaha) 29’06.219s 4.Makoto Inagaki (Yamaha) 29’13.166s 5.Noriyuki Haga (Suzuki) 29’24.284s

Kedudukan Keseluruhan
1.Tomoyoshi Koyama (Honda) 81 mata 2.Yuki Takahashi (Honda) 77 mata 3.Yuki Ito (Yamaha) 67 mata 4.Dimas Ekky Pratama (Honda) 66 mata 5.M.Fadli (Honda) 63 mata

Anugerah Berpasukan
1.Musashi Boon Siew Honda Racing 93 mata 2.Astra Honda Racing Team 91 mata 3.T.Pro Yuzy Honda NTS 81 mata 4.PETRONAS Hong Leong Yamaha 67 mata 5.Manual Tech KYT Kawasaki 58 mata

Asia Production 250cc
Perlumbaan 2
1.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 20’47.538s 2.Nakarin Atiratphuvapat (Honda) 20’52.474s 3.Apiwat Wongthananon (Honda) 20’52.534s 4.Ayumu Tanaka (Yamaha) 20’52.828s 5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 20’53.122s

Kedudukan Keseluruhan
1.Apiwat Wongthananon (Honda) 106 mata 2.Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 104 mata 3.Nakarin Atiratphuvapat (Honda) 69 mata 4.Vorapong Malahuan (Honda) 58 mata 5.Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 56 mata

Anugerah Berpasukan
1. AP Honda Racing Thailand 110 mata 2.TRICKSTAR Racing 104 mata 3.Yamaha Factory Racing Indonesia 47 mata 4.Akeno Speed Racing 44 mata 5.Yamaha Finson Racing 23 mata

Underbone 130cc
Perlumbaan 2
1.Ferlando Herdian (Yamaha) 16’55.718s 2.Affendi Rosli (Yamaha) 16’56.153s 3.Gupita Kresna (Kawasaki) 16’56.384s 4.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 16’56.385s 5.Anggi Permana Putra (Yamaha) 16’56.597s

Kedudukan Keseluruhan
1.Gupita Kresna (Kawasaki) 106 mata 2.Norizman Ismail (Honda) 87 mata 3.Ferlando Herdian (Yamaha) 81 mata 4.Affendi Rosli (Yamaha) 47 mata 5.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 41 mata

Anugerah Berpasukan
1.Manual Tech KYT Rextor 106 mata 2.Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 87 mata 3.BKMS Indonesia Racing Team 81 mata 4.PETRONAS Hong Leong Yamaha 62 mata 5.T.Pro Yuzy Honda NTS 54 mata. – Mynewshub.cc

Tags: ARRC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Sukar Zaqhwan Zaidi Pertahan Kejuaraan

29/11/2017
0

PELUMBA SuperSports 600cc negara, Mohd Zaqhwan Zaidi mengakui berasa sedikit tertekan menghadapi pusingan terakhir Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) dalam...

Terpulang Kepada Zamri Jika Mahu Berlumba Lagi

17/01/2016
0

PUTRAJAYA - Keluarga bekas pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba memberikan kebebasan kepada pelumba itu sekiranya beliau berhasrat untuk kembali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd