TIDAK dinafikan pasangan ini merupakan antara pasangan suami isteri paling dikagumi di dunia.
Mana tidaknya, di sebalik realiti kebanyakan perkahwinan selebriti Hollywood dan bintang bola sepak terkemuka dunia yang tidak mampu bertahan lama, pasangan romantis David Beckham dan isteri, Victoria Beckham berbeza.
Semalam merupakan ulang tahun ke-16 perkahwinan mereka yang berlangsung pada 4 Julai 1999.
Hasil perkahwinan mereka dianugerahkan empat cahaya mata yang semakin membesar iaitu Brooklyn, 16, Romeo, 13, Cruz, 10, dan Harper Seven, 4.
Sempena ulang tahun, Beckham mendedikasikan ucapan khasnya buat isteri tercinta dengan menulis:
“Hari ini 16 tahun lalu merupakan hari istimewa buat kami. Kini selepas 16 tahun, kami mempunyai anak-anak yang menawan. Terima kasih kerana memberikan saya hadiah yang paling berharga, anak-anak yang comel. Selamat ulangtahun”.

Awww.. so sweet..
Sementara itu, Victoria turut menzahirkan ucapan sempena hari istimewa mereka itu, dengan memuat naik gambar mereka sekeluarga dengan keterangan berbunyi:
“Selamat hari ulangtahun perkahwinan, saya cintakan awak dan sangat berbangga dengan keluarga bahagia kita”.

Foto adorable yang dimuatnaik itu mendapat 579,000 likes daripada pengikut ikon fesyen ini di laman Instagram miliknya.
Happy Anniversary David and Victoria! – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ
David and Victoria Beckham’s Wedding

