• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Maut Diserang Babi Hutan

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Pencarian rezeki sepasang suami isteri warga emas yang mengambil upah menoreh getah di Kampung Kuala Paya, di sini, berakhir tragedi menyayat hati apabila mereka maut diserang babi hutan dalam kejadian kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Mayat mangsa, Loo See Seng dan isterinya, Liow Siew Lan, 65, ditemui pemilik kebun getah tersebut yang secara kebetulan datang ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pemilik kebun berkenaan menghubungi polis memaklumkan insiden tersebut.

“Siasatan awal mendapati, lelaki warga emas tersebut mati akibat cedera di kedua-dua kakinya, paha, tangan dan akibat pendarahan dalaman.

“Sementara itu, isterinya pula didapati patah dan remuk betis kanan serta terdapat kesan koyakkan akibat tusukan objek tumpul pada betisnya.

Selain itu, pakaian yang dipakai oleh kedua-dua mangsa juga koyak rabak dan terdapat kesan seretan,” katanya.

Menurut beliau, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengesyaki mangsa telah diserang babi hutan dan mayat kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk siasatan lanjut.

Mohd Kamil berkata, sewaktu di lokasi kejadian, seekor babi hutan telah menyerang seorang anggota sehingga menyebabkan kecederaan pada betis polis berkenaan.

Bagaimanapun, anggota tersebut sempat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok sawit.

“Bagi menyelamatkan anggota terbabit, dua polis lain yang melihat kejadian tersebut melepaskan beberapa das tembakan bagi membunuh babi hutan itu.

Anggota polis yang cedera dibawa ke HDS untuk rawatan lanjut,” katanya. – Sinar Harian Online

 

Tags: babiSuami Isteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd