• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sewa Rumah Mampu Milik Semata-Mata Kaut Keuntungan

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemilik rumah mampu milik dinasihatkan agar tidak menyewa rumah berkenaan kepada orang lain atau warga asing semata-mata berniat mengaut keuntungan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata ini adalah kerana rumah mampu milik merupakan hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan selesa dan kondusif kepada pembeli rumah mampu milik kali pertama.

Katanya hasil dialog bersama pemaju Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mendapati 40 unit daripada 540 unit projek itu disewakan kepada orang lain.

“Tetapi, pemilik pula sanggup menetap di rumah lain dengan membayar sewa lebih rendah dan menyewa rumah mampu milik dengan harga yang tinggi.

“Rumah ini untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk disewa kepada warga Nepal, Bangladesh atau orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Sesi Pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Hijau Bukit Jalil (Casa Green@Bukit Jalil) di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata projek itu dibangunkan oleh Syarikat Amber Homes Sdn Bhd menawarkan sejumlah 490 unit rumah mampu milik berharga RM300,000 dan keluasan 825 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu tempat letak kereta.

Katanya nilai pasaran semasa bagi unit yang ditawarkan pada harga RM300,000 tersebut adalah antara RM450,000 sehingga RM500,000 seunit.

Beliau berkata 302 pembeli yang layak mencabut undi bagi memiliki fasa pertama pangsapuri, yang dijangka siap pembinaannya pada 2017.

“Projek Residensi Hijau ini merupakan inisiatif persendirian yang elemen ‘cross subsidy’ telah digunakan bagi membantu pemaju menampung harga rendah yang ditawarkan di unit Rumawip dengan mendapatkan harga terbaik di unit harga bebas yang dibangunkan,” katanya.

Katanya kerajaan juga mengambil inisiatif supaya komponen rumah mampu milik itu disyaratkan bagi projek-projek pembangunan kediaman persendirian yang mempunyai keluasan tanah melebihi dua hektar.

Sehingga Jun ini, Tengku Adnan berkata sebanyak 15,219 unit rumah dibina di bawah program Rumawip yang merangkumi 12 pembinaan yang sedang dijalankan di sekitar Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd