• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Rugi RM11,000 Disamun Lelaki Bersenjata Parang

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang jurujual wanita kerugian RM11,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah bank di Sentul Raya, di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 35 tahun dihampiri seorang lelaki
warga tempatan yang memakai topi keledar hitam dengan ‘visor gelap’ sambil mengacukan parang kepadanya.

“Suspek bertindak menarik beg tangan wanita itu yang mengandungi wang tunai RM6,000 serta merampas wang RM5,000 yang mahu dimasukkannya ke dalam mesin pendeposit tunai,” katanya dalam sdaing media di sini hari ini.

Katanya polis telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan dan menerusi rakaman itu didapati tiada pengawal keselamatan kelihatan di kawasan tersebut.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada pengurus bank berhubung kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai samun.

Katanya polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi talian Hotline 03-211 59999 atau SMS Rakan Cop ke 32728 bagi memabntu siasatan.

Dalam kes berasingan, Munusamy berkata seorang pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dipercayai diculik beberapa lelaki selepas keluar dari kediamannya di Sierramas, Sungai Buloh pada 23 Jun lalu.

Katanya mangsa Yap Kim Seng, 49, keluar dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna kelabu.

Katanya isteri mangsa cuba menghubunginya beberapa kali tetapi gagal sebelum melaporkan kepada polis.

“Polis yang menjalankan siasatan kemudian menemui kereta mangsa di Jalan Lang Perut Putih 2, Kepong Baru dalam keadaan sempurna,” katanya.

Munusamy berkata pihaknya telah mengambil rakaman CCTV di tempat kejadian dan rakaman itu menunjukkan mangsa didatangi dua lelaki ketika menuju ke keretanya selepas membeli barang di pasar malam di situ.

“Dua lelaki itu datang menaiki kereta jenis Honda Accord sebelum memasukkan mangsa ke dalam kereta Honda CRV yang mengekori mereka,” katanya.

Munusamy tidak menolak kemungkinan kejadian itu berkaitan dengan ‘gangsterisme’.

“Setakat ini, tiada sebarang panggilan diterima dan polis masih bekerjasama dengan keluarga mangsa untuk mencari petunjuk baharu,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd