• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warganegara Pakistan Maut Terbakar Dalam Kemalangan

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki warga Pakistan yang memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut manakala rakan senegaranya cedera apabila kenderaan dipandunya terbabas ke dalam gaung sebelum terbakar di Kilometer 40 Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Tapah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata pemandu MPV itu, Aamir Zulfiqar, 26, maut di tempat kejadian manakala rakannya Ali Hassan, 19, cedera di bahagian kaki dan tangan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kenderaan jenis Naza Citra yang dipandu mangsa dalam perjalanan ke Tapah terbabas ke dalam gaung semasa mengelak daripada dilanggar sebuah lori yang memasuki laluan bertentangan di satu selekoh.

“Sebelum kereta itu terbakar, pemandu tersebut pengsan sementara rakannya sempat keluar dari kereta untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya mangsa mati akibat terbakar seluruh badan dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd