• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelajuan Internet Di Malaysia Penuhi Keperluan Penduduk – TM

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kelajuan Internet di negara ini baik dan memuaskan bagi memenuhi keperluan penduduk sama ada di bandar dan luar bandar, kata Pengerusi Telekom Malaysia Bhd (TM) Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Beliau berkata kadar keperluan kelajuan Internet sesebuah negara itu adalah berbeza-beza mengikut bandar, kepadatan penduduk dan struktur ekonominya.

Katanya negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah dengan struktur ekonomi yang mempunyai kurang persaingan mungkin tidak memerlukan Internet berkelajuan amat tinggi.

“Perbandingan kepantasan (Internet antara negara) tidak perlu dilakukan kerana penggunaannya dan keperluannya berasaskan kepada kepadatan penduduk dan struktur ekonominya (setiap negara),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama TM di sini, Khamis malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan yang dikeluarkan pengendali ujian kelajuan jalur lebar global, Ookla, mengatakan kelajuan Internet di Malaysia lebih teruk berbanding dengan Kemboja dan Vietnam.

Kajian Ookla tahun lepas melaporkan Malaysia berada pada kedudukan 124 di dunia yang mempunyai kelajuan jalur lebar pada tahap 5.63Mbps, hampir tiga kali lebih perlahan daripada Vietnam (18.4Mbps) dan Kemboja (5.8Mbps).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari sebelum ini dilaporkan berkata kadar kelajuan Internet di Malaysia adalah berbeza mengikut bandar antara 4Mbps hingga 30Mbps, dan kaedah pengiraan kelajuan Internet dibuat Ookla hanya mengambil purata kelajuan setiap bandar.

Sulaiman berkata TM akan sentiasa memperluaskan kemudahan dan meningkatkan kecepatan infrastruktur seperti Internet tanpa wayar supaya dapat memenuhi keperluan penduduk di negara ini.

“Kita juga akan memperluaskan kemudahan bagi keperluan ekonomi negara berasaskan pembuatan, seperti keperluan perbankkan atas talian dan sebagainya dan kita akan buat peringkat demi peringkat,” katanya. – BERNAMA

Tags: internetTelekom Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd