• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian Akibat Demam Denggi Di Pahang Meningkat

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kes kematian akibat demam denggi di Pahang mencatatkan peningkatan hampir 400 peratus iaitu daripada hanya satu kematian kepada lima kematian bagi tempoh Januari hingga 28 Jun lepas.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar berkata kes demam denggi juga turut meningkat sebanyak 121 peratus dengan 1,248 kes iaitu peningkatan sebanyak 684 kes berbanding 564 kes pada tempoh yag sama tahun lepas.

“Berikutan trend peningkatan itu, Jabatan Kesihatan Pahang mengambil tindakan proaktif menghapuskan nyamuk aedes bagi mengurangkan risiko demam denggi terutamanya menjelang musim perayaan tidak lama lagi.

“Antara tindakan yang diambil adalah dengan memperbanyakkan semburan kabus, khususnya di Kuantan yang mencatatkan kes denggi paling tinggi di negeri ini,” katanya.

Dr Zainal Ariffin berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Jabatan Kesihatan Pahang dan Ramah Mesra Bersama Media di sini Khamis malam.

Bagi tujuan itu, pihaknya mengambil inisiatif ‘mengimport’ pasukan semburan dari daerah lain seperti Bera, Maran, Bentong dan Pekan yang mencatatkan kurang kes denggi bagi membantu pasukan di Kuantan, katanya.

“Setiap hari kita membuat 20 hingga 30 semburan kabus…kerana kita tahu pada musim perayaan, ramai orang luar akan pulang ke kampung, termasuk ke Kuantan. Disebabkan itu kita mahu tindakan segera diambil.

“Buat masa ini, kita juga melakukan semburan kabus di bazar Ramadan setiap pagi kerana di sana terdapat banyak sampah yang ditinggalkan,” katanya.

Katanya Kuantan mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 778 kes, diikuti Temerloh (167 kes), Jerantut (102 kes), Maran (53 kes), Raub (47 kes), Bera (41 kes), Bentong (18 kes), Lipis (16 kes), Rompin (14 kes), Pekan (11 kes) dan Cameron Highlands (satu kes).

Dr Zainal Ariffin menambah untuk tempoh sama, pihaknya telah melakukan semburan kabus terhadap 761,665 premis dan memeriksa 220,960 premis.

Sebanyak 77,527 premis pula diisi abate bagi pemusnahan jentik-jentik manakala 230 aktiviti gotong-royong telah diadakan dengan penyertaan 21,690 penduduk.

Beliau menambah sebanyak 564 kompaun telah dikenakan bagi kesalahan berkaitan pembiakan nyamuk aedes melibatkan jumlah RM282,000 manakala 365 notis dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan kawasan berpotensi pembiakan nyamuk aedes. – BERNAMA

Tags: demam denggiPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd