• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: Bomba Kelantan Guna Khidmat 350 Anggota Bomba Sukarela

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan akan mendapat khidmat 350 anggota bomba sukarela terlatih bagi membantu 572 anggota tetap menjalankan tugas menyelamat jika berlaku kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba Azmi Osman berkata mereka akan berkhidmat seminggu sebelum dan selepas Aidilfitri di bawah ‘Ops Raya’.

“Kesemua jalan raya negeri dan persekutuan dijangka sesak apabila ramai rakyat Kelantan yang berada di luar negeri ini pulang untuk berhari raya bersama keluarga di kampung masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Pejabat Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh di sini, Khamis malam.

Azmi berkata antara jalan persekutuan yang dijangka sesak ialah jalan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Baharu, jalan Jeli-Gaal, dan jalan Pasir Puteh-Kota Baharu.

Beliau berkata pihaknya akan memberi lebih tumpuan kepada jalan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Baharu memandangkan jalan itu dijangka sesak teruk kerana perkhidmatan kereta api belum dipulihkan selepas rosak akibat banjir Disember tahun lepas.

Katanya pihaknya juga akan menempatkan pasukan penyelamat di beberapa kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan jalan raya.

“Biasanya setiap tahun, musim perayaan banyak berlaku kemalangan termasuk kemalangan maut dan kenderaan terbakar apabila pemandu mengantuk dan tidak sabar untuk sampai ke destinasi masing-masing,” katanya.

Azmi berkata selain itu, mulai hari ini sehingga hari raya, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan terhadap pasar raya bagi memastikan tahap keselamatan termasuk laluan kecemasan jika berlaku kebakaran.

“Biasanya seminggu sebelum raya orang ramai bertumpu ke pasar raya untuk membeli-belah sebagai persiapan menyambut Aidilfitri,” katanya. – BERNAMA

Tags: AidilfitriBomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd