• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Pinggirkan Golongan Penyakit Mental – Zambry

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jangan pinggirkan insan yang mengalami penyakit mental bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna dalam masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sebaliknya, Zambry berkata masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dengan memberi perhatian dan sokongan terhadap mereka.

“Adalah tidak wajar apabila ada pihak yang berpandangan negatif terhadap pesakit mental ini sedangkan mereka juga memerlukan perhatian dan sokongan.

“Walaupun ada yang mengatakan mereka mempunyai ‘alam’ yang lain, jangan kita sisihkan mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama 150 kakitangan dan pesakit Hospital Bahagia Ulu Kinta di sini, malam tadi. Turut hadir Pengarah hospital itu, Dr Rabai’ah Mohd Salleh.

Zambry berkata bagi membantu pesakit di hospital berkenaan, kerajaan negeri akan terus menyalurkan bantuan yang diperlukan dari semasa ke semasa dan bukan hanya pada musim perayaan sahaja.

“Saya datang ke sini bukan hanya untuk melihat mereka yang diberikan rawatan, tetapi juga kakitangan yang mengorbankan masa serta tenaga untuk mengendalikan pesakit.

“Ini adalah keprihatinan daripada kerajaan negeri terhadap kebajikan mereka. Saya harap pihak di luar akan turut tampil membantu,” katanya. – BERNAMA

Tags: sakit mentalZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd