INI mungkin antara syarat permohonan kerja paling tidak masuk dek akal dan melampau pernah dicipta oleh sesebuah syarikat dari Singapura.
Seorang wanita Cina Muslim yang merupakan warga Singapura terkejut apabila diajukan soalan mengenai pemakanannya semasa ditemu bual bersama wakil syarikat menerusi WhatsApps mengenai pemohonan jawatan kerani.
“Awak tak makan babi kan?” tulis wakil syarikat tersebut.
Difahamkan, ‘syarat merepek’ itu dikenakan kerana syarikat berkenaan sering mengadakan majlis-majlis tertentu dan boleh mendatangkan kesulitan jika ada pekerja yang tidak boleh menjamah makanan tidak halal.
Kecewa dengan hal itu, wanita yang dikenali sebagai Heidi Heng memuat naik perbualan WhatsApps di laman Facebooknya sekali gus menjadi tular di media sosial.
Bukan itu sahaja, pada awalnya wakil syarikat terbabit jelas menunjukkan sifat perkauman dan seolah-olah anti kepada Islam apabila menolak permohonan Heidi kerana menyangka wanita itu bukan berbangsa Cina hanya kerana dia memakai tudung.
Senang cerita, disebabkan Heidi beragama Islam dan haram memakan babi, dia dilayan sebegitu rupa.
Syarikat tersebut sekali gus menerima kecaman dan kritikan ramai yang tidak bersetuju dengan amalan dan syarat yang tidak relevan itu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE


