• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Shah Rasmi Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini merasmikan Masjid Ar-Ridzuan, Alor Pongsu di sini.

Baginda yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, seterusnya berkenan berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 rakyat jelata.

Terdahulu, baginda yang lengkap berbaju melayu coklat gelap berkenan menyempurnakan upacara menanam pokok sebagai simbolik perasmian masjid itu.

Baginda kemudian menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan bantuan Baitumal bernilai RM311,000 kepada penghulu yang mewakili 1,555 penduduk setempat bagi lapan mukim.

Mukim itu ialah Beriah, Bagan Serai, Selinsing, Gunung Semanggol, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Parit Buntar.

Sejurus selepas itu, baginda berkenan menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih.

Sementara itu, pengerusi masjid tersebut, Mat Radzi Ali berkata masjid Ar-Ridzuan siap diubahsuai sepenuhnya pada tahun lepas.

Katanya, kerajaan pusat dan kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi proses pengubahsuaian masjid.

“Masjid ini mampu menampung sebanyak 1,000 jemaah meliputi lapan kampung di sekitar kawasan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd