• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Beli 3 Bangunan Di Australia RM66.2j Lebih Harga Pasaran

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa Majlis Amanah Raya (MARA) ada membeli sebuah lagi bangunan di Australia iaitu 51 Queen Street pada harga RM18 juta melebihi harga pasaran.

Beliau mendakwa, maklumat itu diperoleh melalui satu dokumen yang diterbitkan oleh sebuah dana hartanah yang pernah memiliki bangunan itu, Quintessential Equity.

“Bangunan 51 Queen Street dibeli Quintessential Group of Companies (QGC) sekitar tahun 2010 pada harga AUD8.2 juta. Bangunan itu telah dinaik taraf oleh QGC. Dalam tempoh tiga tahun bangunan itu telah dijual pada harga AUD16.65 juta kepada pihak yang tidak dinamakan.

“Kemudian dalam Mac 2013, MARA Inc membeli bangunan 51 Queen Street daripada pihak yang tidak dinamakan tersebut pada harga AUD22 juta atau RM70.4 juta. Pembelian ini adalah AUD5.35 juta atau RM18 juta lebih mahal dari harga yang dibeli dari QGC,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi mendakwa, pembelian bangunan itu sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan lebihan bayar oleh MARA untuk membeli tiga bangunan di Australia termasuk 51 Queen Street sebanyak RM66.2 juta.

Justeru, beliau meminta Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa memberitahu mengapa Majlis MARA meluluskan pembelian 51 Queen Street pada harga RM18 juta melebihi harga pasaran.

Beliau turut meminta Annuar menjelaskan siapa pemilik 51 Queen Street sebelum MARA Inc membeli bangunan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MARARafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd