• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Syarikat Nike Umum Mahu Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
01/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Phil Knight, yang membangunkan Nike daripada sebuah syarikat kasut sederhana kepada gergasi sukan global, merancang melepaskan jawatannya sebagai pengerusi, umum syarikat berkenaan hari ini.

Sehubungan itu, Knight, 77, mencadangkan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Mark Parker menggantikan tempatnya apabila beliau meletak jawatan pada 2016, umum syarikat itu lagi.

Beliau yang juga bekas bintang olahraga Universiti Oregon, melancarkan Nike di Portland, Oregon pada tahun 1968 selepas menjual kasut sniker di but keretanya.

Dalam tempoh beberapa tahun selepas itu, Nike terus berkembang sehingga menjadi gergasi pemasaran sukan global, menyaingi jenama Jerman, Adidas yang lebih dulu berada di pasaran.

Logo syarikat itu, swoosh dan motto, `Just Do It’ kini sudah sebati dengan dunia sukan. Hari ini, Nike menaja ramai atlet ikon dunia termasuk Michael Jordan, Tiger Woods, Serena Williams, Rory McIlroy, Roger Federer, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Minggu lalu, Nike dilaporkan mencatat keuntungan fiskal sebanyak AS$3.3 bilion (RM12.33 bilion) daripada AS$30.6 bilion (RM114.334 bilion) perolehan.

Knight, yang dilaporkan oleh majalah Forbes memiliki kekayaan kira-kira $24.3 billion (RM90.7 bilion) bagaimanapun merancang untuk terus kekal bersama Nike selepas itu.

“Pada saya, Nike bukan lagi sekadar sebuah syarikat – ia menjadikan hidup saya mengujakan,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP

Tags: letak jawatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

30/12/2025
0

SEREMBAN: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd