• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mural Tunku Abdul Rahman Diabadi Di Alor Setar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Setelah mural Tun Dr Mahathir Mohamad diterap pada dinding bangunan di Pekan Melayu di sini, kini mural perdana menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra pula diabadikan di pekan tersebut.

Ia dilakar oleh pelukis dari Medium Touch, Zulfadli Ahmad Nawawai, 29, yang menggunakan elemen hitam putih bagi membolehkan orang ramai memahami perjuangan Tunku yang bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara.

“Ia menceritakan mengenai kemerdekaan negara. Ia turut menceritakan gambaran di Stadium Merdeka semasa acara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku,” katanya kepada Bernama.

Zulfadli yang memulakan karier melukis mural sejak 2005 dibantu dua pelukis lain yang mula melakar mural Tunku Abdul Rahman sebesar 8×8 meter itu bermula Ahad lepas sebelum siap semalam.

Ketua Biro Belia Cina Kerajaan Negeri Kedah, Tan Chee Hiong berkata projek yang dianjurkan biro tersebut serta mendapat kerjasama kerajaan negeri, merupakan projek komuniti untuk mempromosi tokoh dari negeri Kedah selain bertujuan menerap semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata ia juga dilaksanakan sempena Tahun Melawat Kedah 2016 bagi menarik pelancong terutama ke Pekan Melayu dan Pekan Cina.

Pihaknya juga merancang untuk melakarkan beberapa lagi mural, katanya.

Sebelum ini biro tersebut telah menghasilkan mural mengenai aktiviti masyarakat di Pekan Cina dan Melayu pada dinding sebuah bangunan di Pekan Cina. – BERNAMA

https://youtu.be/BlmTuk8-Pcw

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd