• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Saran Tubuh Unit Pemantau Rasuah

oleh Ahmad Albab
30/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan agar kerajaan menubuhkan unit pemantau, pengesan dan pembasmi rasuah yang dianggotai tokoh terkemuka masyarakat dan juga di kalangan wakil kerajaan dan pembangkang.

Anggota Dewan Tertinggi Perkasa, Azrul Akmal Saharudin berkata, unit berkenaan akan dapat membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani isu-isu rasuah.

“Ini bagi mengawasi badan atau agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan badan atau agensi kritikal dan strategik kerajaan yang lain,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azrul Akmal, yang juga Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa, berkata isu rasuah tidak boleh dipandang ringan kerana ia memberi implikasi besar dalam segenap aspek.

“Rasuah boleh meletakkan negara dalam keadaan kecemasan dan darurat… kehidupan masyarakat pula boleh menjadi huru-hara, imej dan reputasi sesebuah pemerintahan akan terus dipertikaikan. Pendek kata, sesebuah kerajaan dan tamadun boleh runtuh kerana rasuah,” katanya.

Mengambil contoh dakwaan kononnya berlaku penyelewengan semasa pembelian hartanah luar negara oleh sebuah agensi kerajaan yang didedahkan media baru-baru ini, Azrul Akmal berkata jika ia benar-benar berlaku, pastinya merugikan semua pihak khususnya rakyat.

“Sama ada pemberi, penerima atau perantara wajar menerima hukuman seberat-beratnya. Kita tidak boleh berkompromi dengan rasuah kerana kesan langsungnya memporak-perandakan masyarakat dan menghancurkan negara,” katanya.

Pada 24 Jun lepas, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya mengadakan audit dalaman dan membantu siasatan SPRM terhadap anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn Bhd, berhubung dakwaan penipuan dalam pembelian hartanah di Melbourne membabitkan pegawai kanannya. – BERNAMA

 

Tags: PERKASArasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

Agenda Politik Sempit Cuba Padam Identiti Tanah Melayu – Perkasa

29/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa 'nama Tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd