• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elizabeth Tan: Saya Tahu Sebab Adira Putus Tunang Tapi..

oleh AK-47
06/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Elizabeth Tan tetap bertegas bahawa kenyataan yang diberikannya sebelum ini berhubung isu putus tunang di antara Adira dan jejaka dikenali sebagai Shahrul Nasrun adalah benar belaka.

BACA: Elizabeth Tan Ada Bukti Tunang Adira Curang

BACA:  Bekas Tunang Adira Nafi Pernah Mengorat Elizabeth Tan

Menurutnya, dia tidak mendapat apa-apa kepentingan sekiranya bercakap bohong mengenai perkara tersebut kerana langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dalam hal mereka.

Elizabeth atau lebih senang dipanggil sebagai Lizzy mendedahkan, sebelum ini Shahrul pernah flirting dengan dirinya ketika masih lagi bergelar tunangan Adira.

liz

“Kalau dia (Shahrul) nak nafikan, nafikanlah. Apa yang saya cakapkan sebelum ini adalah benar. Saya tak buat apa-apa pun,” katanya ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Menurut Lizzy, selepas mengeluarkan kenyataan kepada media mengatakan dia bukan punca masalah putusnya ikatan pertunangannya, Adira ada menghubunginya.

“Adira ada telefon, kami bercakap mengenai perkara itu dan dia langsung tidak menyalahkan saya.

“Adira juga ada menyatakan punca sebenar kenapa pertunangan mereka terputus tetapi saya tak boleh nyatakan di sini, rasanya lebih baik bertanya pada Adira sendiri,” katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kehadiran Shahrul pada satu majlis pelancaran produk yang mana Lizzy menjadi dutanya di sebuah universiti di Cyberjaya, beberapa bulan lalu, penyanyi berketurunan Cina itu berkata dia langsung tidak mengetahui apa tujuan Shahrul hadir pada masa itu.

“Saya tak tahu peranan dia (pada majlis itu), saya tanya juga pada penganjur adakah dia terlibat dengan majlis tersebut tapi mereka mengatakan dia langsung tiada kena mengena,” ujarnya.

Selain itu, Lizzy turut menegaskan sebarang khabar angin sebelum ini yang mengatakan Shahrul menaja kos penerbitan muzik video Knock Knock adalah tidak benar sama sekali.

“Oh my gosh, cerita tu tak betul, dia tak menaja video muzik lagu saya. Cerita yang cakap saya pergi anugerah AJL pakai baju warna sedondon dengan dia pun tak betul, apatah lagi yang mengatakan saya berkunjung ke butik Rizalman dengannya. Seumur hidup, saya tak pernah lagi berjumpa dengan Rizalman,” jelas penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini.

Lizzy seterusnya mengatakan dia enggan memanjangkan lagi cerita sebaliknya mahu memberikan lebih fokus terhadap kerjaya seninya.

Selepas single Knock Knock berjaya mencuri perhatian peminat muzik tempatan, Syawal ini Lizzy bakal muncul dengan single kedua berjudul Mama yang sudah direkodkannya beberapa bulan lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Elizabeth Tan – Knock Knock

Kenal ke? Bersama Shahrul & Adira

Tags: kontroversimyArtispenyanyiselebriti
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd