• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Mangsa Dera Tunjuk Perkembangan Positif

oleh Ahmad Albab
30/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kanak-kanak perempuan lima tahun yang cedera serius dipercayai didera, semakin menunjukkan perkembangan positif dari segi tahap kesihatannya.

Ibu saudara kanak-kanak itu berkata anak saudaranya itu yang menjalani pembedahan usus semalam hari ini sudah mula bercakap dengan ibunya.

“Dia dah mula bercakap, dia ada cakap ingin makan dan berjalan-jalan serta ingin berjumpa sepupunya yang lain. Kami ucap terima kasih kepada pihak hospital.

“Dia semakin sihat, cuma kesan daripada pembedahan usus semalam dia tidak boleh makan lagi. Kita doakan dia kembali sihat seperti sedia kala,” kata wanita berumur 32 tahun itu kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, pada Selasa.

Katanya anggota keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan terhadap ibu tiri serta bapa kanak-kanak itu yang dipercayai menderanya.

“Anggota keluarga tidak mahu masuk campur, kami serah kepada pihak berkuasa yang lebih arif dengan undang-undang,” katanya.

Kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut, sementara kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di HRPZII untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bapa kandung dan ibu tiri kanak-kanak berusia 39 dan 25 tahun yang menjaga kanak-kanak itu sebelum ini telah ditahan reman oleh polis selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

 

Tags: kanak-kanakKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd