KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengagihkan lembu di setiap daerah di Johor sebagai sumbangan berbuka puasa kepada orang ramai pada Ramadan ini.
Tunku Ismail bertitah demikian sebagai niat baginda bersempena hari keputeraannya yang ke-31 hari ini.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya.
“Saya telah membuat keputusan, setelah menerima pandangan dan nasihat Tuanku Sultan Johor untuk mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa,” titah baginda melalui laman Facebook Johor Southern Tigers di sini.
Tunku Ismail turut bertitah mahu bersedekah kepada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di seluruh Johor.
“Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat,” titah baginda. – mynewshub.cc
https://www.youtube.com/watch?v=C8SsW_gV2Vg

