• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

David Cameron Mohon Maaf Kepada Ratu Elizabeth II

oleh Ahmad Albab
26/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Perdana Menteri Britain, David Cameron akan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Pemerintah United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II selepas beliau mendakwa baginda sangat gembira selepas rakyat Scotland menolak untuk merdeka, lapor stesen televisyen Sky News semalam.

Cameron didapati mengeluarkan kenyataan itu ketika sedang berbual dengan bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

“Baginda menarik nafas lega dan saya tidak pernah mendengar suara yang terlalu gembira seperti itu,” kata Cameron.

Bagaimanapun, perbualan kedua-dua tokoh tersebut didengari oleh beberapa kru televisyen yang mengekori mereka.

Ratu Elizabeth tidak pernah membuat sebarang pandangan politik secara terbuka dan menjauhkan diri daripada melahirkan sebarang pandangan berhubung perdebatan kemerdekaan Scotland baru-baru ini.

Media melaporkan bahawa Cameron akan memohon maaf kepada Ratu Elizabeth secara peribadi apabila beliau dijadualkan mengadap baginda dalam satu pertemuan akan datang.

“Saya sangat malu dan memohon maaf kerana perkara ini sudah berlaku.

“Saya bercakap secara peribadi dengan Bloomberg dan jelas saya tidak akan melakukan perkara yang sama lagi,” katanya.

Menurutnya, pejabatnya telah menghubungi istana bagi menjelaskan perkara itu dan beliau juga akan memohon maaf. – Reuters

 

Tags: BritainRatu Elizabeth
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd