• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemarau Sebabkan Tekanan Air Rendah

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Beberapa buah kampung di daerah ini sedang berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan air bersih terutama pada musim kemarau sekarang.

Satu daripada kampung yang menghadapi masalah itu ialah Kampung Stungkor Lama.

Ketua kampungnya Nojey Naking berkata, keadaan menjadi kritikal setiap kali musim kemarau, iaitu antara bulan Jun hingga Oktober.

Katanya, sumber air paip ke kampung itu dibekal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi tekanan air menjadi rendah pada setiap musim kemarau.

“Keadaan ini memaksa kami meminta bantuan daripada JKR Lundu untuk membekalkan air menggunakan lori kepada penduduk kampung,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Nojey meminta supaya kerajaan membina jalan di dalam kampung berkenaan dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin ketika melawat ke kampung itu pada Sabtu telah mengarah pihak JKR untuk membina jalan tersebut.

Selain itu, pemasangan lampu jalan di dalam kampung akan turut dilaksanakan, kata Nojey.

Semasa lawatan itu, Manyin turut mengumumkan peruntukan kerajaan sebanyak RM10,000 untuk kampung berkenaan.

Kampung Stungkor Lama dihuni 136 keluarga terdiri daripada 971 orang penduduk yang kebanyakannya petani. – BERNAMA

 

Tags: Cuacakemarau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd