• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Kedua 30 Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia Dikebumi

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKOK SENA – Kumpulan kedua 30 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian bulan lepas dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang, awal pagi tadi.

Jenazah terdiri daripada 28 lelaki dan dua wanita dikebumikan di tanah perkuburan itu mulai 3.50 pagi sehingga 5.30 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Datuk Noh Dahya berkata, kesemua jenazah lelaki itu dikebumikan dalam satu liang lahat manakala jenazah wanita dalam liang lahat berasingan.

Katanya, baki 55 jenazah mangsa pemerdagangan Wang Kelian yang masih menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dijangka dikebumikan sebelum Aidilfitri.

“Insya Allah minggu depan kita mampu kebumi 40 jenazah manakala baki 15 jenazah yang terakhir, maksudnya ada dua kali pengebumian lagi,” kata Noh kepada pemberita di sini hari ini.

Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa pemerdagangan itu telah dikebumikan di tanah perkuburan yang sama pada 22 Jun lepas.

Pengebumian yang diuruskan oleh JAIK dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dibantu oleh penduduk tempatan, anggota polis dan persatuan kebajikan Rohingya Kedah. – BERNAMA

 

Tags: kuburpemerdagangan manusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Penduduk berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendakwa kegiatan berzikir seperti yang tular di media sosial sebelum ini dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd