• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Keutamaan Adakan Pemilihan Semula MIC Secepat Mungkin

oleh Ahmad Albab
28/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pemangku Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan proses pemilihan semula parti secepat mungkin bagi membolehkan parti itu kembali kepada keadaan sedia kala.

“Oleh itu, MIC kini memberi keutamaan untuk menyelesaikan proses pemilihan semula parti sebelum Oktober ini. Kita mahu menyelesaikan krisis dalaman parti dan seterusnya memulihkan kembali keadaan parti seperti sedia kala,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program MySihat di SJK(T) Rantau dekat sini, hari ini.

Katanya apa yang berlaku sepanjang satu tahun setengah ini telah mengganggu parti menyebabkannya tidak bergerak langsung.

“Kita tidak boleh di dalam keadaan yang sama dalam satu jangka masa yang lama kerana ini akan memberi kesan ke atas parti dan masyarakat pada keseluruhannya.

“Selain itu, ia turut memberi kesan terhadap pencapaian kita pada pilihan raya umum akan datang. Memandangkan UMNO telah mempunyai keputusan untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan dan jika ini telah ditetapkan, kita kena bersedia,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata ketua-ketua cawangan dan pemimpin MIC di peringkat akar umbi perlu memahami perkara ini untuk sama-sama memulihkan parti agar ia boleh berfungsi dengan segera.

“Kalau kita tidak berbuat demikian maka kita akan menghadapi masalah serius. Itu yang paling penting dan itu tanggungjawab saya untuk membawa parti kepada keadaan biasa,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Dr S. SubramaniamMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd