• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Bergaduh Rebut Lelaki Kini Hilang Dari Rumah

oleh AK-47
01/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN video viral dua pelajar perempuan yang bergaduh di sekolah, kini dilaporkan salah seorang daripadanya telah hilang sejak minggu lepas.

Perkara tersebut telah disahkan oleh ibu pelajar terbabit, Kilijah Abu Bakar, 45 apabila sejak dua minggu lalu, Nurul Raihan Rahman,16, didakwanya gagal dikesan.

Menurut ibunya, kehilangan anak gadisnya itu hanya disedari apabila anaknya itu keluar rumah pada 10 Jun iaitu sehari selepas selepas mereka sekeluarga pulang dari bercuti ke Pulau Langkawi .

Memetik laporan dari portal FMT, ibu kepada enam orang anak itu memberitahu sikap anaknya itu berubah serta merta dari seorang yang ceria kepada seorang yang pendiam dan dikatakan sudah tidak lagi pergi ke sekolah sejak empat bulan lepas.

Video: Rebut Lelaki Punya Pasal, Gaduh Sampai Ke Longkang

“Dia bergaduh dengan rakan kelasnya sehingga terjatuh ke dalam longkang di sekolah ekoran perselisihan faham.

“Apa yang berlaku itu telah diketahui oleh guru disiplin dan tindakan menukar ke sekolah lain juga telah diambil ke atas rakannya itu,” katanya yang mendakwa rakan Nurul Raihan itu yang telah memulakan pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun katanya, Nurul Raihan tetap tidak mahu pergi ke sekolah dipercayai masih lagi berasa malu dengan guru serta rakan-rakannya .

“Itu bukan kejadian pertama Nurul diperlakukan sedemikian oleh rakannya. Sebelum ini dia juga pernah mengalami nasib yang sama tetapi tidak seperti kali ini hingga dia terjatuh ke dalam longkang,” ujarnya lagi.

Kilijah berkata, usaha mencari Nurul Raihan di beberapa rumah rakan yang biasa dikunjunginya juga gagal hingga memaksa mereka sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 14 Jun lepas.

Susulan kehilangan itu, dia yang kini menderita sakit buah pinggang merayu agar Nurul Raihan, anak kelimanya, pulang segera.

Pulanglah nurul Raihan, gunakan bulan Ramadhan ini untuk memulakan semula hidup yang lebih berharga.

Ingat, emak awak sangat menyanyangi awak, kembalilah kepangkuan keluarga.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=ztsMzz8EO3g

Tags: budak perempuanbudak sekolahmasalah moral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

20/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan wang cagaran RM1,000 oleh Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd