• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Boleh Jadi MB Jika Dapat Sokongan Adun UMNO?

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Amat hairan bagaimana beliau menyangka boleh memegang semula jawatan Menteri Besar kerana beliau telah dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekarang hanya merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas”.

Itu reaksi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin berikutan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa beliau bersedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor jika mendapat sokongan majoriti mudah ADUN Selangor.

Shamsul Iskandar bagaimanapun mengakui Abdul Khalid boleh kembali memegang jawatan itu jika mendapat sokongan penuh ADUN UMNO Selangor tetapi mendakwa itu satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor.

“Saya ingin mengingatkan Abdul Khalid bahawa beliau dipilih sebagai ADUN atas kerusi PKR dan oleh itu beliau tidak harus beranggapan rakyat Selangor telah memilih beliau atas namanya semata-mata.

“Abdul Khalid hanya boleh menjadi Menteri Besar semula sekiranya beliau diberi sokongan penuh oleh UMNO. Jika itu berlaku, ini merupakan suatu khianat yang amat besar terhadap rakyat Selangor,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shamsul Iskandar dalam pada itu mendakwa, tidak berbangkit sebarang isu berkenaan Menteri Besar Selangor sedia ada, Mohamed Azmin Ali kehilangan sokongan majoriti ADUN Selangor.

Dakwanya, ADUN Selangor daripada PKR, DAP dan PAS tetap memberi sokongan kepada Mohamed Azmin untuk terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

Media semalam melaporkan, Abdul Khalid sedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor bagi memastikan negeri itu ditadbir secara telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah.

Namun, ADUN Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau hanya boleh kembali menerajui Selangor jika mendapat majoriti mudah dalam DUN Selangor.

“Saya sedia kembali menjadi Menteri Besar jika mendapat sokongan bagi memastikan Selangor ditadbir dengan telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah,” kata Abdul Khalid.

Desas-desus sudah mula tersebar Abdul Khalid akan kembali menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Mohamed Azmin.

Dakwaan itu timbul apabila kemelut politik yang melanda DAP dan Pas yang turut sama mengheret PKR yang menjejaskan pentadbiran negeri. – Mynewshub.cc

Tags: Khalid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

Jenazah Khalid Ibrahim Selamat Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

01/08/2022
0

Jenazah bekas Menteri Besar Selangor Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Shah Alam kira-kira 2.30 petang tadi....

Khalid Ibrahim Sedia Bantu Kerajaan

04/03/2020
0

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaannya membantu kerajaan baharu jika khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd