• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangguh Pemilihan UMNO Tiada Kaitan Isu 1MDB

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan penangguhan pemilihan UMNO adalah untuk memberi ruang bagi membersihkan isu hutang 1MDB.

Beliau berkata sebaliknya penangguhan itu bertujuan memperkasakan parti serta memberi fokus kepada agenda pembangunan negara yang lebih efektif.

“Keputusan itu adalah sebulat suara di peringkat akar umbi untuk lebih fokus kepada perkara yang mempunyai keutamaan kepada negara. Jika pemilihan diteruskan, mungkin akan timbul perkara yang tidak sewajarnya buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Shopping Raya 2015 bersama Anak-Anak Yatim dan Kurang Bernasib Baik’ di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menangguhkan pemilihan yang dijadual pada tahun depan selama 18 bulan mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata tempoh penangguhan itu akan dimanfaatkan dengan pelbagai program bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Seramai 880 anak yatim seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya diraikan pada program itu untuk membeli kelengkapan persiapan Aidilfitri, manakala program sama untuk anak yatim di Labuan akan diadakan pada 2 Julai.

Tahun ini, sebanyak RM130,000 telah disumbangkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan sebagai membantu mereka yang kurang bernasib baik itu untuk turut serta merasai keceriaan menyambut perayaan.

Program yang diadakan dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan serta pusat membeli-belah AEON itu turut menyampaikan sampul raya sebanyak RM50, serta RM200 untuk membeli barangan keperluan Aidilfitri.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penangguhan pemilihan UMNO bertepatan dengan hasrat mengukuhkan jentera parti demi menghadapi PRU14 akan datang.

“Saya yakin bahawa semua parti ada objektif yang sama untuk pastikan bahawa pada PRU akan datang kita semua perlu fokus dan bersatu padu beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Komuniti Chest di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Yoke di sini, hari ini.

Liow berkata langkah yang dibuat oleh Presiden UMNO itu juga adalah bagi menumpukan usaha pada pembangunan masyarakat dan negara kerana perkara tersebut adalah lebih penting berbanding agenda lain. – BERNAMA

Tags: 1MDBUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd