• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Khairul Lepas Jawatan UMNO Keputusan Peribadi

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat melepaskan semua jawatannya dalam UMNO dilihat sebagai tindakan peribadi dan perlu dihormati, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mengakui yang beliau tidak dimaklumkan mengenai peletakan jawatan Khairul, Mohamed Khaled berkata dirinya bersedia untuk bertemu dengan Khairul untuk mengetahui sebab sebenar.

“Sebab utama saya pun tak tahu, jadi saya tidak hendak ulas (lanjut). Kami menghormati keputusannya, mungkin dia ada sebab mengapa dia lakukan,” kata beliau kepada pemberita selepas program Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Melayu Pandan, di sini hari ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Lepas Semua Jawatan UMNO

Menteri Besar Johor itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairul, yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), melepaskan kesemua jawatannya dalam parti itu bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja kemasyarakatan dan perluasan operasi syarikatnya berkuat kuasa 11 Julai ini, pagi tadi.

Dalam satu kenyataan di sini, Khairul berkata beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Perma berkata UMNO Johor menerima keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual pada tahun depan kepada selama 18 bulan bagi memberi keutamaan kepada rakyat serta usaha memperkukuh parti itu.

Mohamed Khaled berkata keputusan yang diambil MT adalah bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada persediaan yang rapi untuk memperkukuh parti bagi berhadapan pilihan raya akan datang yang dijangka lebih mencabar.

“Antara cabaran yang dihadapi setiap kali musim pemilihan ialah perbalahan berterusan serta perpecahan dalam kalangan pemimpin dan anggota parti yang akan memberi kesan yang buruk terhadap parti itu sendiri.

“Untuk parti berjaya, parti perlu lebih kuat dan untuk kuat, ia perlu bersatu padu dan kami perlu elak keadaan parti boleh berpecah,” kata beliau.

Terdahulu, Mohamed Khaled melawat lima buah rumah asnaf di Kampung Melayu Pandan serta menyampaikan hamper (keperluan makanan sebulan) dan duit zakat RM500 daripada UMNO cawangan dan Baitulmal kepada golongan asnaf di sini. – BERNAMA

https://youtu.be/oIoI15sYDYo

Tags: letak jawatanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd