• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Berhad Lancar Imej Baharu Perkhidmatan Linehaul

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan imej baharu perkhidmatan linehaul mereka sebagai satu daripada usaha untuk meningkatkan keberkesanan dalam operasi penghantaran surat dan bungkusan ke semua destinasi di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Azlan Shahrim berkata penjenamaan itu melibatkan 353 buah lori yang 94 daripadanya merupakan unit baharu dan melibatkan kos RM21.3 juta.

“Diharapkan dengan imej dan kenderaan baharu ini ia dapat merangsang semangat para pekerja Pos Malaysia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran imej berkenaan di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Sementara itu dalam sidang media yang sama Jailani berkata perkembangan pesat perniagaan dalam talian memerlukan perkhidmatan pos untuk mengadaptasi teknologi moden bagi penghantaran bungkusan.

“Saya difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pos Malaysia telah pun mengadakan perbincangan bagi mengenal pasti apakah peralatan berteknologi moden yang boleh diadaptasi bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat disalurkan kepada pengguna,” katanya.

Jailani dan Azlan kemudiannya bersahur bersama kira-kira 500 petugas Pos Malaysia. – BERNAMA

Tags: Pos Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pos Malaysia Naikkan Kadar Pos Komersial

29/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuatkuasa 1 Februari, 2020, dan...

Pos Malaysia Tawar Hantar Pulang Bagasi Jemaah Umrah

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd. menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang bagasi ke tanah air kepada jemaah umrah bermula 1 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd