• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Hoki Dunia: Malaysia Kalah 2-0 Kepada Belgium

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia gagal mengekalkan rentak kemenangan pada dua perlawanan sebelum ini apabila kalah 2-0 kepada pasukan tuan rumah, Belgium, pada saingan Kumpulan B di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium, malam Jumaat.

Kekalahan pertama selepas tiga perlawanan menyaksikan anak buah Tai Beng Hai turun ke tangga kedua dalam kumpulan dengan enam mata manakala Belgium melonjak ke tangga teratas dengan tujuh mata.

Bagaimanapun, pada perlawanan di Stadium KHC Dragons, skuad negara dengan gelaran “The Speedy Tigers’ memberi aksi terpuji apabila memberi tentangan sengit kepada pasukan ranking keempat dunia itu pada dua suku pertama perlawanan.

Penjaga gol negara, Roslan Jamaluddin menampilkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan daripada Tanguy Cosyns dan Florent van Aubelbagi menafikan peluang sebelum babak pertama berakhir.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah itu bangkit pada suku ketiga perlawanan dengan dua jaringan pantas oleh Dorain Thiery dan Simon Gougnard.

Percubaan awal berjaya digagalkan oleh Roslan tetapi bola disambut oleh Thiery dan melakukan penyudahan pada minit ke-38 sebelum Gougnard melakukan jaringan seminit kemudian.

Malaysia mempunyai peluang emas pada minit ke-50 menerusi percubaan pukulan sudut penalti tetapi ketua pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim gagal menyempurnakan pukulan ke sasaran.

Malaysia, Great Britain dan Belgium sudah pun mengesahkan kedudukan ke suku akhir namun penentuan tempat dalam kumpulan belum muktamad dengan baki satu perlawanan peringkat kumpulan, Ahad ini.

Malaysia akan melengkapkan jadual kumpulan dengan menentang Great Britain, Ahad ini.

Sebelum ini, Malaysia mengalahkan China 3-2 pada perlawanan pembukaan dan diikuti kemenangan 4-2 ke atas Ireland.

Malaysia perlu memburu tiga tempat teratas dalam kempen kali ini untuk layak ke Sukan Olimpik Rio de Janerio, Brazil, tahun depan. – BERNAMA

Tags: hoki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd