KUANTAN – Polis semalam menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba menyamun seorang wanita pada Khamis lepas di Jalan Tun Ismail di sini.
Suspek yang berumur 28 itu dikesan melalui nombor pendaftaran kereta yang digunakannya hasil maklumat mangsa susulan laporan polis yang dibuatnya.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, selepas menerima maklumat berkenaan, sepasukan polis yang diketuai Asisten Superintendan Mohd. Nayan Mokhtar bergegas ke lokasi sebelum berjaya menangkap suspek pada pukul 4.45 petang.
“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam kes cubaan samum terhadap wanita itu.
“Suspek yang juga didapati positif dadah bersama kereta jenis Perodua Viva yang digunakannya dibawa ke IPD Kuantan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini. – BERNAMA

