• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Nafi Komposisi Exco Dikekalkan, Salahkan Media

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali menafikan komposisi jumlah Exco daripada setiap parti dalam pakatan rakyat adalah kekal seperti dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.

Mohamed Azmin dalam status terkini Twitternya kira-kira sejam lepas dilihat menyalahkan laporan media mengenai jumlah komposisi itu selain mengatakan ia sebagai tidak tepat malah menyifatkan perkara tersebut masih dalam proses rundingan.

“Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan,” katanya menerusi laman sosial berkenaan hari ini.

Sebelum itu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari Istana Mestika di sini kira-kira pukul 4 petang tadi menyatakan komposisi empat wakil daripada PAS dan masing-masing tiga wakil daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikekalkan.

Beliau yang dilihat memasuki istana tersebut kira-kira pukul 2.40 petang adalah bagi mempersembahkan senarai barisan Exco baharu kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

Sejurus keluar daripada istana, Mohamed Azmin menyatakan senarai barisan Exco baharu yang dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah itu mendapat perkenan baginda.

“Saya bersyukur kerana Tuanku (Sultan Sharafuddin Idris Shah) perkenan senarai barisan Exco yang saya persembahkan.

“Esok pagi saya akan umumkan senarai penuh nama-nama tersebut,” katanya.

Mohamed Azmin juga berkata majlis angkat sumpah Exco dijadual berlangsung pada 2.45 petang esok. – BERNAMA

Tags: Azmin AliExco
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah...

EXCO Jawab Dakwaan Anwar, Kerajaan Johor Peruntukan RM172 Juta Jaga Rumah Rakyat

EXCO Jawab Dakwaan Anwar, Kerajaan Johor Peruntukan RM172 Juta Jaga Rumah Rakyat

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor tampil menjawab kenyataan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd