• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Tawar ASB2 Kepada Pencarum Mulai 1 Julai 2015

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditawarkan di bawah Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA-KWSP) bermula 1 Julai ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Mohamad Nasir Ab Latif berkata, ia susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Pelan Malaysia ke-11 2016-2020 pada 21 Mei 2015.

“Dengan penyenaraian ASB2, terdapat sembilan dana yang ditawarkan di bawah SPA-KWSP yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

“Ahli yang ingin melabur di dalam dana ASB2 ini boleh berbuat demikian melalui ASNB, sebuah anak syarikat milikan penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Perdana Menteri semasa membentangkan RMK11 mengumumkan pencarum KWSP akan dibenar menggunakan Akaun 1 bagi melabur dalam ASB2.

Langkah tersebut bagi memastikan sasaran mencapai 30 peratus ekuiti Bumiputera dapat dicapai menjelang 2020.

Pelaburan tersebut membolehkan pencarum membeli unit ASB2 bagi memberikan pelaburan jangka masa panjang berisiko rendah.

Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, di bawah SPA-KWSP, ahli boleh memindahkan sebahagian simpanan dalam Akaun 1 untuk pelaburan dana unit amanah melalui 24 Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan di bawah SPA-KWSP, seterusnya memberikan pilihan kepada ahli untuk menambah simpanan persaraan mereka.

“Di bawah skim ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas,” katanya.

Mohamad Nasir menambah, ahli KWSP digalakkan menggunakan kemudahan Portal Informasi SPA-KWSP untuk mendapatkan maklumat tentang dana-dana unit amanah yang ditawarkan di bawah SPA-KWSP serta IPD yang menguruskan unit amanah tersebut.

Jelasnya, portal yang dilancarkan pada April 2015 itu merupakan inisiatif KWSP untuk pencarum membuat penyelidikan sebelum mengambil sebarang keputusan pelaburan.

“Maklumat di dalam portal ini tidak mengandungi sebarang bentuk nasihat pelaburan atau syor oleh KWSP terhadap mana-mana dana unit amanah mahupun IPD,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd