• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Didenda RM30,000 Kerana Mengaut Untung

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sengheng Electric (KL) Sdn Bhd didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pengurus Kewangan syarikat itu Mah Chin Ngiap yang hadir mewakili syarikat berkenaan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amran Jantan.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa telah mencatut dalam menjual peti sejuk jenama Pensonic 50 ML Mini Bar PEN-PMF-65 dengan menaikkan harga daripada RM459 kepada RM479 yang mana tindakan itu telah menyebabkan kenaikan kepada margin keuntungan bersih peti sejuk tersebut.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu di premis SENQ, Lot F78A, First Floor, Mahkota Parade, Jalan Merdeka di sini pada pukul 11.50 pagi pada 26 Mac lepas.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 18(a) Akta yang sama.

Kesalahan mengikut seksyen dalam akta tersebut memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Khairul Fikrie Ahmad Zubaidi berkata hukuman itu juga sebagai mesej kepada masyarakat bahawa undang-undang sentiasa melindungi pengguna.

Beliau yang memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang memberi pengajaran kepada syarikat berkenaan, berkata eksploitasi harga bukan sahaja tidak beretika tetapi juga menindas pengguna di pelbagai peringkat.

Amran ketika menjatuhkan hukuman berkata beliau mengambil kira kepentingan awam sebagai prinsip utama dalam menjatuhkan hukuman. – BERNAMA

https://youtu.be/CZzWAdaAzxI

Tags: denda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd