• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Larangan Merokok Akan Ditambah – Dr Subramaniam

oleh Ahmad Albab
24/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kawasan larangan merokok akan ditambah secara berperingkat sebagai satu daripada usaha untuk menjadikan Malaysia negara bebas rokok, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subaramaniam.

Beliau berkata pada masa sama, kementerian secara berjadual juga akan mengurangkan jumlah tempat yang dibenarkan menjual rokok.

“Ini adalah antara dua strategi untuk mengawal dan mengurangkan jumlah perokok.

“…dan akhirnya nanti kita ada harapan untuk mengisytiharkan negara bebas daripada rokok walaupun kita tak tahu bila ia akan tercapai,” katanya dalam sidang berita di sini hari ini.

Beliau berkata langkah jangka panjang lain yang akan diambil dalam merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia negara bebas rokok adalah dengan menaikkan harga serta duti bahan itu.

Pada majlis itu, Dr Subramaniam turut menyampaikan sijil penghargaan kepada enam peruncit dan peniaga di Kompleks E di sini yang secara sukarela menghentikan penjualan rokok di premis masing-masing.

Sambil memuji inisiatif tersebut, beliau berharap lebih banyak peruncit dan peniaga di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini mengikut jejak sama.

Beliau berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab menjaga kesihatan rakyat, adalah wajar pengukuhan larangan merokok dimulakan di kementerian tersebut.

Katanya sejak pemantauan dan penguatkuasaan larangan merokok dilaksanakan di kementerian berkenaan pada 1 Mei lalu sehingga kini, sebanyak 13 notis kesalahan dan tujuh amaran dikeluarkan.

Selain itu, semua kakitangan di kementerian yang merokok diarah mengikuti program berhenti merokok, manakala kakitangan yang tidak merokok diberi pendedahan tentang bahaya asap rokok. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd