• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palanivel Perlu Terima Nasihat PM Najib – Saravanan

oleh Ahmad Albab
24/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGKAI – Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan meminta Presiden Datuk Seri G. Palanivel menerima nasihat perdana menteri bagi menyelamatkan parti itu.

Beliau berkata Palanivel sepatutnya akur dengan perlembagaan MIC dan perlu menjalankan tanggungjawab beliau seperti yang tertakluk dalam perlembagaan MIC.

“Tidak boleh sebarang nasihat atau pandangan melanggari tafsiran yang telah dinyatakan dalam perlembagaan MIC sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Fertigasi Cili Bagi Tok Batin peringkat Parlimen Tapah di sini hari ini.

Palanivel mengadakan pertemuan tertutup dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat perdana menteri, pagi semalam.

Saravanan yang juga Anggota Parlimen Tapah berkata sokongan daripada masyarakat India sangat penting bagi mengekalkan kedudukan parti itu.

Mengenai Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberi kebenaran kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Sementara 2009 untuk melanjutkan tempoh sehingga Oktober ini untuk mengadakan pemilihan semula parti itu, Saravanan berkata ini membuktikan RoS mengikut perlembagaan MIC.

“Apa yang penting sekarang kita adakan pemilihan baharu pada bulan Julai dan saya minta cawangan-cawangan mengadakan pemilihan,” katanya.

Saravanan berkata pihaknya menerima sebanyak 1,000 permohonan bagi pertubuhan cawangan baharu.

“Kita tiada kuasa, perlu tunggu sehingga keputusan pemilihan baharu.

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional tidak perlu risau kerana ramai yang akan sertai MIC,” katanya.

Ditanya mengenai beberapa pemimpin MIC mempertikai kehadiran bekas Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu pada mesyuarat yang diadakan jawatankuasa itu, Saravanan berkata kehadirannya adalah atas jemputan.

“Anggota PKR boleh hadir Palanivel punya mesyuarat apa salahnya Samy Vellu hadir pada mesyuarat jawatankuasa yang sah. Mana-mana parti tidak pernah tidak menjemput mantan presiden mereka. Apa dosa dia (Samy Vellu) buat,” katanya. – BERNAMA

Tags: G.PalanivelMIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

04/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd